Tutorial Membuat Permainan Search Word Dan Crossword Online
22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan tutorial secara dalam talian di Facebook Page. Tutorial yang diadakan ialah menunjukkan bagaimana cara membuat permainan search word dan crossword secara dalam talian melalui portal permainan proprofs.
Tutorial ini diadakan secara live menggunakan aplikasi Streamyard yang berlangsung selama sejam. Pusat Internet Komuniti Engkilili telah menyediakan Google Form bagi mengumpul jumlah pengguna Facebook yang mengikuti live streaming ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: