Kelas Resume Dan Emel
23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas secara individu bersama seorang ahli PIK Engkilili. Kelas ini bertujuan untuk membantu ahli PIK Engkilili memohon pekerjaan melalui emel.
Pengisian dalam kelas individu ini ialah cara menghasilkan resume bagi jawatan Operator Pengeluaran kilang. Kemudian, peserta diajar tentang cara menghantar emel memohon pekerjaan. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: