Kelas Asas Microsoft Office Word Dan Power Point
25 April 2021 | Aktiviti Terkini
Pada 24 April 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas asas Microsoft Office Word dan Power Point untuk pelajar lepasan SPM tahun 2020. Seramai 3 orang pelajar lepasan SPM telah mengikuti kelas ini yang telah diadakan di bilik latihan PIK Engkilili.
Pengisian dalam kelas ini ialah cara menaip surat rasmi mengikut format yang betul menggunakan Microsoft Office Word. Peserta juga telah diajar asas menggunakan Power Point dengan mereka Design Banner Hari Jadi. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pkl 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: