Kelas Membuat Risalah Perniagaan
22 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas secara individu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada golongan belia yang jarang berpeluang menggunakan komputer. Pengisian kelas kali ini adalah membuat risalah perniagaan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: