Kelas Membuat Logo
17 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas membuat logo. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Engkilili. Pengisian dalam kelas ini adalah mengenai maksud logo dan juga peranan logo. Peserta juga diberi pengetahuan tentang jenis-jenis logo. Di penghujung kelas, peserta diajar cara membuat logo melalui aplikasi dalam talian. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula dari pul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: