Kelas Asas Microsoft Office Excel
9 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Engkilili teah mengadakan kelas asas Microsoft Office Excel bersama seorang penjawat awam. Pengisian dalam kelas ini ialah belajar bagaimana membuat jadual, membuat kiraan, memasukkan formula dan juga carta bar menggunakan Microsoft Office Excel. Kemahiran yang dipelajari ini dapat membantu penjawat awam tersebut dalam membuat kerja-kerja di pejabat. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: