Kelas Membuat Surat Rasmi
21 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Engkilili telah mengadakan kelas secara individu bagi memberi latihan asas ICT kepada golongan belia. Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran menggunakan Microsoft Office Word kepada peserta yang kurang mahir menggunakan komputer. Kelas ini telah dihadiri oleh Cik Easter Anak Majit. Dalam kelas ini Cik Easter diajar cara menaip surat rasmi mengikut format yang betul. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: