Kursus Latihan Pengendali Makanan (Batch 1)
23 Februari 2022 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Februari 2022 iaitu pada hari Selasa, Pusat Ekonomi Digital Engkilili telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Venture. Kursus yang dianjurkan ini adalah bertujuan berkongsi pengetahuan dengan para peserta yang berminat untuk membuka bisnes yang berkaitan penyediaan makanan. Kursus ini disertai oleh 10 orang peserta.
Di akhir setiap sesi semasa program ini, para peserta kursus dikehendaki menjawab beberapa soalan untuk memastikan para peserta memahami apa yang telah disampaikan oleh penceramah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: