Kelas Microsoft Powerpoint bersama Ahli PEDi
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas Microsoft PowerPoint bersama pengunjung yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang ahli PEDi.
Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar bagaimana cara menggunakan Microsoft PowerPoint seperti cara menambahkan tajuk pada slaid, mereka slaid, menambah gambar pada slaid dan sebagainya. Dalam kelas Microsoft PowerPoint ini, peserta juga diajar cara menambahkan animasi dan kesan slaid kepada pembentangan. Selain itu, peserta juga turut diajar mereka poster harijadi menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: