Aktiviti Membuat Poster Menggunakan Aplikasi Canva
24 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan bersama pengunjung yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Aktiviti ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili dan dihadiri oleh tiga orang pelajar SMK Engkilili.
Pengisian aktiviti ini adalah, tiga orang peserta aktiviti diarahkan untuk mencipta poster kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: