Ceramah Keselamatan Siber
1 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2022, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Lubok Antu. Ceramah yang bertajuk Keselamatan Siber ini bertujuan untuk mengingatkan para peserta amnya untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa yang mereka lihat di media sosial khusunya. Mereka ataupun para pengguna internet seharusnya untuk selalu berwaspada dan beretika ketika menggunakan internet.
Jumlah peserta ceramah ini adalah 14 orang yang terdiri daripada mereka yang hendak pencen tahun hadapan. Ceramah ini diadakan di Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu dan mengambil masa selama satu jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: