Live Streaming Bertajuk Apa Itu e-Dagang
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili telah mengadakan Live Streaming melalui Facebook Page PEDi Engkilili. Live Streaming yang bertajuk apa itu e-dagang ini bertujuan untuk memberi maklumat dan juga idea kepada usahawan ataupun bakal usahawan di Engkilili khasnya mengenai kebaikan, jenis dan juga cabaran yang kemungkinan akan dihadapi oleh para usahawan e-dagang. Disamping itu juga, dalam Live Streaming ini juga Penolong Pengurus PEDi Engkilili turut berkongsi beberapa platform e-dagang yang terkenal seperti Shopify. PEDI Engkilili telah menyediakan Google Form untuk mengumpul jumlah peserta. Live Streaming ini diadakan selama satu jam iaitu bermula pada pukul 0930 pagi dan berakhir pada pukul 1030 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: