Kelas Microsoft Excel Bersama Ahli PEDi
6 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 Ogos 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas Microsoft Excel bersama pengunjung yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang ahli PEDi. Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar bagaimana cara menggunakan Microsoft Excel seperti cara menggunakan fungsi ‘Autosum’, cara menyimpan data dalam graf dan sebagainya. Dalam kelas Microsoft Excel ini, peserta diajar cara menggunakan fungsi Merge and Center. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: