Kelas Membuat Nota Menggunakan Microsoft Word
3 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 2 April 2022 iaitu pada hari Sabtu, Pusat Ekonomi Digital Engkilili telah mengadakan kelas asas ICT iaitu Kelas Membuat Nota Menggunakan Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama dua jam tiga puluh minit iaitu dari pukul 9.30 pagi sehingga 12 tengahari. Kelas ini diadakan satu hari sahaja iaitu pada 2 April 2022. Kelas ini dihadiri oleh tiga orang pelajar. Perisian dalam kelas ini ialah belajar membuat nota dengan menggunakan Microsoft Word. Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada para pelajar supaya mahir menggunakan komputer. Kelas ini diadakan telah di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Engkilili.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: