Program Advokasi (Abstinen & Kemahiran Penolakan)
11 Februari 2022 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Februari 2022 iaitu pada hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital Engkilili bersama Pusat Ekonomi Digital Kampung Baru Hilir, Sri Aman dengan Kerjasama LPPKN telah mengadakan Program Advokasi bertajuk Abstinen & Kemahiran Penolakan. Program ini adalah bertujuan untuk mendidik golongan remaja agar tidak terjerumus dalam masalah sosial seperti kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Di akhir program ini, para peserta program dikehendaki mengisi kuiz untuk memastikan mereka memahami apa yang telah disampaikan oleh penceramah khas dari LPPKN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: