Kelas Cara Membuat Resume Bersama Ahli PEDi
2 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 01 Ogos 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas cara membuat resume bersama pengunjung yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang ahli PEDi. Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar membuat resume dengan format yang betul menggunakan Microsoft Word. Dalam kelas ini, peserta disuruh menghasilkan satu resume dengan berpandukan garis panduan yang telah diterangkan. Dengan adanya garis panduan ini, peserta akan lebih faham apa yang perlu diletakkan didalam resume mereka dan apa yang tidak perlu semasa membuat resume. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: