Kelas Format Surat Rasmi Bersama Ahli PEDi
30 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas Format Surat Rasmi bersama pengunjung yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang ahli PEDi. Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar menaip surat rasmi dengan format yang betul menggunakan Microsoft Word. Dalam kelas ini, peserta disuruh menaip satu surat rasmi dengan berpandukan garis panduan yang telah diterangkan. Dengan adanya garis panduan ini, peserta akan lebih faham apa yang perlu ada dan tidak perlu semasa menaip surat rasmi. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: